Tiga lelaki diberkas, gaduh disebabkan sumbangan perayaan

Iklan
Zam Halim

KUALA LUMPUR - Tidak berpuas hati disebabkan pembahagian sumbangan perayaan Deepavali antara punca tiga lelaki bergaduh sebelum diberkas di kawasan tempat letak kenderaan Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek diberkas anggota polis yang menjalankan pemantauan ketika program penyerahan sumbangan perayaan tersebut diadakan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian 11.45 pagi itu tiga suspek dilihat sedang bergaduh berhampiran lokasi sumbangan sebelum pergaduhan terbabit dileraikan anggota polis bertugas.

"Kesemua suspek yang ditangkap berumur lingkungan 26 hingga 36 tahun dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21(2) Akta Polis 1967.

"Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

Iklan

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.