MOSTI cadang kerjasama dengan JPS hasil varieti padi baharu

Iklan
Arthur

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang untuk menjalin kerjasama dengan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) dalam penyelidikan varieti benih padi baharu sebagai usaha meningkatkan hasil tanaman padi tempatan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, cadangan tersebut sebagai alternatif untuk memberi pilihan kepada pesawah tempatan untuk mempelbagaikan jenis tanaman.

Iklan
Iklan

"Agensi Nuklear Malaysia sedang dalam usaha membawa dan mengkomersialkan varieti padi nuklear (NMR152) ke Sabah untuk mempelbagaikan benih padi sedia ada.

"Cuma cabarannya ialah varieti ini belum diperakukan oleh JPS, maka kita tidak dibenarkan membawa masuk padi ini untuk digunakan di sana,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu Arthur berharap cadangan MOSTI tersebut disambut baik oleh JPS dengan memudahcara kelulusan penggunaan secara meluas padi NMR152 supaya hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) ‘home grown’ bernilai jutaan ringgit itu dapat dinikmati oleh semua rakyat termasuk di Sabah.

Sementara itu mengenai varieti NM152, Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, Agensi Nuklear Malaysia menghasilkan padi nuklear itu menggunakan teknik biak baka mutasi.

Iklan

Beliau menjelaskan, varieti itu berdaya tahan tinggi terhadap penyakit serta ancaman cuaca serta serangga.

"Hasil kajian mendapati varieti padi ini yang ditanam di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia menunjukkan purata hasil padi boleh ditingkatkan dari 20 peratus hingga 60 peratus bergantung kepada lokasi, pengelasan tanah dan juga kaedah pengurusan sawah yang baik.

"NMR152 merupakan teknologi tempatan yang juga mampu mengurangkan kos input pertanian seperti baja antara 30 peratus hingga 50 peratus,” jelasnya.