BANDARAYA GAZA - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa berkata, konvoi kemanusiaannya ditembak di Bandar Gaza.
"ICRC menegaskan pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menghormati dan melindungi petugas kemanusiaan pada setiap masa,” Agensi Anadolu memetik kenyataan pertubuhan itu.