Mayat lelaki ditemukan terapung berhampiran Pulau Perhentian

Iklan
Gambar hiasan

KUALA BESUT - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat itu ditemukan pada jam 1 tengah hari oleh anggota Balai Polis Pulau Perhentian yang sedang melakukan rondaan dengan sebuah bot di kawasan perairan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mayat dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi sudah mula mereput.

"Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sekitar 10 hari lepas dan disyaki warga asing atau pelancong luar negara.

Iklan

"Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Abdul Rozak dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Iklan