Pupuk nilai, budaya integriti perlu dilaksanakan secara berterusan

Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Jenayah rasuah akan menjatuhkan imej negara, menjejaskan kestabilan politik, merosakkan ekonomi dan perpaduan rakyat dalam sesebuah negara sekiranya tidak dibendung sejak awal.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha memupuk nilai dan budaya integriti dalam diri rakyat perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukannya secara bermusim atau pada masa tertentu sahaja.

Iklan
Iklan

"Dari segi kedudukan di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura yang merekodkan tangga kelima daripada 180 negara dalam usaha membasmi rasuah.

Jelas Amirudin, pemerkasaan integriti terhadap penjawat awam dan pentadbiran negeri merupakan sebahagian daripada usaha yang tertangguh apabila beliau menyatakan lima tekad dalam meneruskan pentadbiran di bawah kerajaan sedia ada.

Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Saipolyazan M Yusop menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Saya percaya ia akan dikembangkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan program yang mungkin kelihatan santai tetapi mampu memberi impak positif dan perlahan-lahan menjadi budaya serta pegangan dalam diri,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBI, Saipolyazan M Yusop berkata, syarikatnya melaksanakan usaha berterusan bagi membudayakan integriti menerusi pelbagai inisiatif dan program yang telah dijalankan.

Iklan

Menurutnya, jaringan perlu diterokai dan diperluaskan terutamanya dengan institusi dan badan-badan yang turut berada di medan yang sama dalam usaha memperkukuhkan integriti serta memerangi rasuah.

"Kami juga bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pendidikan di peringkat sekolah sebagai langkah awal dalam memberi pendedahan mengenai implikasi jenayah rasuah.

"Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya permainan, lukisan dan kartun menerusi panduan yang diberikan oleh SPRM bagi memastikan mereka mudah menerima dan memahami konteks sebenar mengenai keburukan jenayah ini,” jelas beliau.