Ahli Parlimen Jeli pula isytihar sokong PM

Iklan
Zahari Kechik

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ia susulan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.

Iklan
Iklan

"Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi terutama dalam keadaan serba mencabar sebagai wakil rakyat perlu memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Iklan

Pada Selasa, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN) turut mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Mengulas lanjut, Zahari berkata, akan terus taat dan kekal setia sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan

Walaupun bakal berdepan risiko tindakan disiplin parti, namun beliau tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa dan ketinggalan untuk mendapatkan semua bentuk pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ujarnya, beliau akan terus menyokong dasar dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

"Perkara ini dibuat atas kerelaan saya sendiri demi rakyat Jeli,” jelasnya.