Harga runcit, diesel kekal hingga 15 November

Iklan
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Iklan
Iklan

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Iklan
Iklan