PDRM kumpul maklumat dakwaan ejen Mossad dalam negara

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat berkaitan sebarang dakwaan membabitkan ejen Mossad di dalam negara, berikutan kelantangan Malaysia menyokong Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan dan ketenteraman adalah di bawah tugas PDRM yang tidak akan diabaikan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya kita mempunyai maklumat itu, tangkapan akan dibuat," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Oktober tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan ada ejen perisikan dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung kemungkinan terdapat rakyat Malaysia pergi ke kawasan peperangan di Gaza, Palestin.

"Saya mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak pergi ke sana (lokasi peperangan).

Iklan

"Jika ada permintaan daripada pihak kerajaan yang mana menerima permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita akan hantar pasukan PDRM sebagai pengaman di sana," ujarnya.

Dalam pada itu, Razarudin turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam memberi sumbangan kepada pihak atau organisasi tidak berdaftar untuk bantuan ke Palestin kerana dibimbangi sebagai scammer.