Langkawi jangan terlalu bawa imej antarabangsa

Iklan
Jumlah pelancong di Langkwi didakwa semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

PERSATUAN Pelancongan Langkawi bimbang dengan jumlah pelancong di pulau peranginan itu yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir dilaporkan berkata, hanya 10 peratus tempahan diterima hotel tiga bintang dan ke bawah sempena Deepavali pada minggu ini. Jumlah itu didakwa terburuk berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Iklan
Iklan

Seramai 31 daripada 163 pengusaha kedai makan yang berdaftar dengan persatuan itu juga sudah gulung tikar, manakala ramai pengusaha sewa melelong kenderaan mereka akibat tidak mampu menanggung hutang.

Jika diimbas kembali kembali sekitar 20 atau 30 tahun dulu, Langkawi merupakan destinasi rombongan penduduk negeri-negeri lain kerana tarikan kawasan bebas cukai.

Iklan

Tapi membeli-belah bukan jadi keutamaan, sebaliknya sejarah pulau tersebut yang menyebabkan ramai teruja melancong ke sana. Antara tempat yang wajib dikunjungi ialah Makam Mahsuri dan kawasan beras terbakar.

Langkawi mengalami pembangunan demi pembangunan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memajukannya sehingga bertaraf antarabangsa, tanpa disedari menghakis sedikit demi sedikit keaslian pulau tersebut.

Iklan

Faktor sejarah tidak lagi ditonjolkan. Apa yang dipromosikan ialah sebagai pulau moden. Maka, banyaklah hotel-hotel bertaraf tiga bintang dan ke atas dibina.

Kesannya, apabila disebut Langkawi sekarang, orang ramai akan membayangkan sebuah pulau kayangan yang dibanjiri ramai pelancong mat salih.

Ditambah lagi dengan dakwaan banyak pengusaha restoran yang cekik darah menyebabkan orang ramai takut untuk ke sana.

Bagaimanapun, Zainudin menjelaskan, dakwaan restoran mengenakan harga kayangan itu hanyalah momokan di media sosial.

Cuma beliau mendakwa kekurangan trip feri antara sebab pelancong kurang, selain ramai memilih melancong ke Thailand kerana harga dan penginapan lebih murah.

Justeru, mungkin sudah sampai masanya Langkawi perlu kembali kepada imej asalnya sebagai sebuah tempat bersejarah asli yang menyasarkan pelancong-pelancong marhaen, dan bukan lagi pelancong antarabangsa.

Pelancong luar yang datang ke Malaysia pun bukan nak melihat pembangunan, sebaliknya mahu menikmati suasana tradisional.

Kalau setakat bangunan hotel mewah dan moden, di negara mereka pun mungkin lagi banyak.