Waspada wang palsu makin berleluasa

Iklan
Mohd Azhar menunjukkan wang palsu rm100 yang pernah diterima daripada pembeli di kedai runcit pada awal tahun lalu.

PENINGKATAN trend penggunaan wang palsu di negara ini kian membimbangkan apabila 1,532 kes melibatkan kerugian sebanyak RM495,105 telah direkodkan sepanjang tahun lalu sehingga Oktober 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terdapat 754 kes dengan kerugian RM213,519 dilaporkan mengikut pecahan pada tahun lalu, manakala dalam tempoh 10 bulan bermula Januari tahun ini, 778 kes direkodkan dengan nilai RM281,586.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kontinjen Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding yang lain sejak tahun lalu hingga Oktober lepas iaitu 380 kes dengan kerugian RM254,296

Sebelum ini, beliau turut mengingatkan peniaga atau orang awam yang menerima wang palsu supaya segera membuat laporan polis selain menegaskan sesiapa menyimpannya sebagai satu kesalahan.

Iklan

Katanya, polis mengesan terdapat penggunaan wang palsu melibatkan urusan pembelian dilakukan suspek di premis perniagaan seperti kedai runcit.

Ujar beliau lagi, suspek menggunakan wang kertas RM50 dan RM100 palsu untuk membuat pembelian yang bernilai kecil bagi mendapatkan pulangan maksimum.

Iklan

Ramli menambah, sekiranya peniaga tidak cakna atau peka dengan perkara tersebut akan lebih mudah terkena dan menjadi mangsa penipuan.

Justeru, beliau menggesa masyarakat untuk tidak berdiam diri jika perkara itu berlaku, sebaliknya segera melaporkan kes wang palsu untuk siasatan lanjut termasuk mengesan pelaku.

Dalam pada itu, terdapat beberapa peniaga kecil yang mengalami insiden berkenaan mengakui pernah menerima wang palsu RM50 dan RM100, kemudian menyedarinya sebaik sahaja mengira hasil keuntungan selepas selesai berniaga.

Taktiknya adalah membuat pembayaran dengan melipat dan menggumpalkan wang tersebut selain mendesak supaya baki dipulangkan segera ketika pelanggan mengerumuni sesebuah restoran terbabit.

Dalam pada itu, inisiatif seorang peniaga sebuah kedai makan, Bahadul Samsudin, 50, yang membeli mesin pengesan dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan wajar diberi pujian kerana idea bernasnya mungkin berupaya untuk menyekat kemaraan pelanggan wang palsu.

Tambahnya, pelanggan turut memulakan modus operandinya ketika peniaga sedang sibuk menguruskan pembeli lain sehingga tiada masa untuk meneliti setiap wang yang diberikan.

Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan supaya tidak menganiaya peniaga kecil kerana ia sedikit sebanyak menjatuhkan semangatnya untuk berniaga kerana hasil keuntungan seakan-akan dirompak ekoran penggunaan wang palsu itu.