Lebih 65 terkorban, 100 cedera dalam tempoh 24 jam di Gaza

Iklan
Bangunan musnah susulan serangan berterusan tentera rejim Zionis Israel di wilayah itu. Foto: AFP

GAZA - Hospital Indonesia di utara Gaza merekodkan sekurang-kurangnya 65 kematian dan lebih 100 kecederaan dalam tempoh 24 jam.

Petugas kesihatan Palestin memberitahu Al Jazeera pada awal Khamis, kejadian ini susulan serangan berterusan tentera rejim Zionis Israel di wilayah itu.

Iklan
Iklan

Hospital berkenaan telah beroperasi pada tahap kritikal sejak dua minggu lalu akibat serangan berterusan tentera rejim Zionis Israel dan penutupan sepenuhnya hospital lain selain berdepan kekurangan bahan api.

Sementara itu puluhan rakyat Palestin dilaporkan terkorban akibat serangan Israel ke atas kem pelarian Jabaliya di bahagian utara dan Sabra di bahagian barat Gaza.

Iklan

Ribuan orang awam terpaksa berjalan kaki dalam usaha melarikan diri dari serangan Israel ke atas Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekali lagi menolak kemungkinan gencatan senjata di Semenanjung Gaza tanpa pembebasan tebusan oleh pejuang Hamas.

Iklan

Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Di Israel, angka korban dalam tempoh yang sama berjumlah lebih dari 1,400.