Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat

Iklan
Syed Saddiq menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ini dikenakan hukuman berkenaan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis didapati dia bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Selain sebatan, bekas menteri termuda tanah air yang berusia 31 tahun ini, turut dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta.

Berbeza dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berusia 70 tahun, dia dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan kerana usianya sudah melangkaui setengah abad.

Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz mencium dahi anaknya, Syed Saddiq di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Iklan
Iklan

Berdasarkan Seksyen 289(c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah wanita, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati atau pesalah berumur lebih dari 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan.

Difahamkan, sabitan hukuman sebatan adalah mandatori bagi pertuduhan pecah amanah jenayah dan salah guna harta.

Bagaimanapun, sabitan berkenaan dikecualikan kepada pesalah wanita atau individu yang berusia lebih 50 tahun.

FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB



Lebih-lebih lagi sejurus dipeluk kedua-dua ibu bapanya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff sambil ditemani puluhan penyokongnya.

Ketika sidang media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Syed Saddiq berkata, beliau akur dengan keputusan mahkamah dan akan terus berjuang untuk membersihkan namanya di Mahkamah Rayuan kelak.

"Bertindak sebagai penggubal undang-undang, saya yakin dengan sistem kehakiman kita.

"Selaku ahli politik juga, saya perlu menjadi lebih putih daripada putih,” katanya.

Selepas keputusan itu, Syed Saddiq yang hadir di mahkamah memakai kot sempat menenangkan ibu serta bapanya yang menangis.

Iklan

Iklan