'Saya tetap percaya institusi kehakiman' - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja terima dan menghormati keputusan mahkamah seperti mana orang lain tetapi dalam masa sama menetapkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebagai seorang penggubal dasar negara (Ahli Parlimen), satu perkara penting untuknya menetapkan kepercayaan terhadap institusi suci tersebut.

Iklan
Iklan

Tegas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), perkara itu bukan sahaja perlu diyakini sebelum ini, tetapi juga pada hari ini (sekarang) dan masa hadapan.

"Tidak ada beza antara saya dan orang lain, maka saya juga perlu menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh hakim.

Iklan

"Hasil perbincangan dengan pihak peguam, kami ada kes yang baik untuk difailkan kepada Mahkamah Rayuan dan menjadi penentuan terbaik kepada diri saya.

"Mahkamah adalah penentu dan medan terbaik untuk membersihkan nama saya," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih, selain turut dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta.

Beliau berkata, bagi menjadi seorang pemimpin yang mahu memajukan negara, dia perlu menjadi 'putih daripada putih'.

Tegasnya, perkara itu adalah sangat mustahak dan dipertonjolkan kepada rakyat.

"Saya perlu terima seadanya dan sebagai seorang nakhoda, saya perlu lawan bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang maju," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia menerima kritikan dan kecaman, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan dihadapi dengan hati terbuka seperti mana menerima keputusan yang dikenakan ke atasnya hari ini.

Jelasnya, meskipun bukan satu yang mudah untuk 'ditelan', namun beliau terima seadanya dan hormati keputusan dibuat oleh hakim.

"Saya ada mesyuarat tergempar bersama kepimpinan Muda pada jam 4 petang ini (Khamis) dan sidang akhbar dilakukan selepas itu sekitar jam 5 petang.

"Ia berhubung dengan keputusan politik saya dan perancangan masa depan Muda itu sendiri," ujarnya.