Wajibkah kejut orang yang tidur bangun solat?

Iklan
KADANGAKALA serba salah dibuatnya jika mahu mengejutkan rakan bangun tidur untuk menyuruhnya solat. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

WAKTU Subuh begitu singkat jika dibandingkan dengan yang lain. Kalau terlewat bangun, alamatnya boleh terbabas solat fardu dua rakaat.

Barangkali disebabkan itu ramai yang memilih untuk tidur awal atau mengunci jam bagi memudahkan mereka bangun pada awal pagi.

Iklan
Iklan

Lazimnya, kita akan mengejutkan ahli keluarga untuk bangun menunaikan solat Subuh apabila melihat ada yang masih enak dibuai mimpi walaupun tiada sesiapa yang menyuruh.

Maklum sahajalah, mereka ialah ahli keluarga kita. Sudah tentu menjadi tanggungjawab kita agar mereka tidak culas mengerjakan suruhan ALLAH SWT.

Iklan

Namun begitu, jika melibatkan rakan serumah misalnya, adakah wajib kita mengejutkan kawan apabila sudah masuk waktu Subuh? Risau pula andai dikatanya kita mengganggu.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, andai sahabat tadi tidur selepas masuknya waktu solat, maka wajib bagi kita mengejutkannya.

Iklan

USTAZ AZHAR IDRUS

Beliau kemudian mengemukakan pandangan Mufti Jordan, Dr Nuh Ali Salman berkaitan hal itu.

Dr Nuh dalam Majlis Fatwa Jordan menjelaskan:"Persoalan ini ada dua bahagian. Pertamanya apabila dia tidur selepas masuk waktu solat, nescaya wajib bangunkannya kerana sesungguhnya solat itu telah wajib ke atasnya dan dengan sebab tidur, akan sia-sialah kewajipan ini. Maka masuk perbuatan membangunkannya itu dalam mencegah kemungkaran.

"Kedua, apabila dia tidur sebelum masuk waktu solat, nescaya tidak wajib membangunkannya, akan tetapi disunatkan kerana sesungguhnya ia masuk dalam bab bertolongan atas perkara kebajikan dan takwa.”

Demikianlah hukumnya yang perlu kita tahu. Apa pun, janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri. Kalau mampu, kejutkanlah mereka untuk menunaikan kewajipan masing-masing.

WAJIB kejutkan rakan atau kenalan kita apabila melihat dia tidur selepas masuknya waktu solat. -Gambar hiasan