Kecekapan pegawai kerajaan perlu dipertingkat - PM

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Tahap kecekapan pegawai kerajaan di seluruh negara perlu dipertingkatkan bagi mempercepat kelulusan sebarang pelaksanaan projek atau dasar pada masa akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun ketika ini kecekapan pelaksanaan projek di dalam negara dilihat berada pada tahap baik, namun tahap kecepatan kelulusan projek masih belum memuaskan, katanya.

Justeru, beliau berkata mereka perlu diberikan pendedahan dan latihan tambahan mengenai perancangan dan kaedah menangani permasalahan yang melibatkan pelaksanaan projek di satu-satu kawasan berkaitan.

Ini yang disebut ‘ease of doing business’, maknanya kepantasan atau kecepatan meluluskan setelah mengambil kira semua peraturan diteliti, dicerakin sebelum kelulusan dibuat,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040, di sini pada Khamis.