Tragedi konvoi berdarah

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub tengah hari tadi.

LIPIS - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini tengah hari tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zulkarnain Ariffin, 30, dari Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berkonvoi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya di satu laluan berselekoh lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik.

Iklan

"Akibat kejadian, mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati, mangsa terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain," katanya.

Iklan

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.

"Kemalangan meragut nyawa penunggang ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.