Tiga beranak termasuk bayi terperangkap dalam banjir

Iklan
APM menyelamatkan tiga beranak termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam rumah mereka yang dinaiki air.

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Khamis menyelamatkan tiga beranak termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam rumah mereka yang dinaiki air di Lorong Imam Haji Khairi, Kampung Batu 9, Changkat Jong, Teluk Intan, dekat sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata Norizan Ayub, 49, bersama anaknya Nor Syamimi Najiha Zulkifli, 25, dan cucunya Nor Shereen Adariyah Sharul Amri yang baru berumur lapan bulan diselamatkan pada kira-kira pukul 7.43 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindakan pemindahan itu diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Hilir Perak Leftenan (PA) Mohamad Aris Zainar Ariffin bersama tiga anggota APM Hilir Perak, dan ketiga-tiga beranak itu kini ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Iklan

Jumlah mangsa banjir di Kerian dan Hillir Perak pagi ini terus meningkat dengan 470 mangsa daripada 145 keluarga ditempatkan di lima PPS, berbanding 458 mangsa banjir daripada 139 keluarga malam tadi.

Daerah Chikus menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Hilir Perak malam tadi dan satu PPS dibuka di Dewan Serbaguna Chikus.- Bernama.

Iklan