PERUNCIT perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) menawarkan diskaun sehingga 30 peratus menerusi inisiatif 'Jualan Akhir Tahun' bagi membantu pengguna berjimat dan mendapat nilai terhebat.
Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebanyak 150 produk meliputi pelbagai keperluan harian diberikan potongan harga di bawah kempen itu yang berlangsung sepanjang bulan ini.
Katanya, diskaun itu ditawarkan mengambil kira ketibaan musim akhir tahun yang lazimnya akan mendorong pengguna membeli-belah untuk pergi bercuti.
"Akhir tahun adalah musim untuk membawa kemeriahan, meraikan pencapaian dan meluangkan masa bersama orang tersayang semasa cuti.
"Di MR D.I.Y. kami berhasrat untuk membawa kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia pada akhir tahun ini melalui jualan akhir tahun kami, sambil memastikan ada sesuatu untuk semua dan mereka boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan pada 'Always Low Prices’," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Alex menjelaskan, inisiatif itu juga adalah salah satu cara pihaknya meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka di samping menawarkan penjimatan yang tiada tandingan kepada mereka.
Menurutnya, produk yang diberi diskaun tersebut termasuk perkakasan seperti kasut keselamatan, playar dan pistol gam panas serta keperluan rumah.
Kata beliau, keperluan rumah terbabit antaranya adalah alat pembersihan, sabun pencuci, penyembur serangga, botol air, tisu, kain lap basah, beg sampah, pengering pinggan mangkuk, sarung tangan pakai buang, kerajang aluminium, pencuci badan dan deodoran.
"Selain itu ia turut merangkumi barangan elektrik seperti bateri, pengecas bateri, cerek elektrik, pengering rambut dan pembersih vakum, serta soket elektrik.
"Peralatan sukan juga diberikan potongan harga ini termasuk tali lompat, set badminton, bulu tangkis, pakaian renang kanak-kanak, kolam renang dan produk makanan dan minuman (F&B) seperti snek, mi segera dan minuman," kongsinya.
Alex menambah, pihaknya juga menawarkan nilai harga hebat untuk produk terpilih seperti tuala dapur PREMIER (enam helai) pada harga RM12.90 setiap satu (harga asal RM14.90).
Ujarnya, pembersih pelbagai permukaan Dettol (1.5 liter 500 mililiter-Lavender/Lemon) pula hanya dijual pada harga RM14.90 setiap satu (harga asal RM18.30) dan soket elektrik lima meter RM28.90 setiap satu (harga asal RM41).
Untuk maklumat lanjut tentang 'Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’ dan senarai penuh produk diskaun, orang ramai boleh melayari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-year-end-sale-2023 atau laman web MR D.I.Y., mrdiy.com; platform e-dagang, mrdiy.com.my dan saluran media sosial Facebook, Instagram dan TikToknya.