Wanita warga emas hilang berhampiran sungai

Iklan
Anggota bomba menggerakkan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Malim berhampiran Taman Merdeka Jaya di Melaka, pada Khamis.

MELAKA - Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang berhampiran Sungai Malim di Taman Merdeka Jaya, di sini, pada Khamis.

Mangsa berusia 75 tahun dilaporkan keluar dari rumahnya pada 7.30 pagi.

Iklan
Iklan

Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Zahrul Azha Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 pagi sebelum 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Bukit Katil dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian Pasukan bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pencarian di kawasan sekitar sungai namun mangsa gagal ditemui.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM) Ashwad Abd Rahim berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu bersama mencari mangsa yang dilaporkan hilang.

"Jadi saya bersama ahli akan gunakan dua buah bot sendiri untuk mencari mangsa di sungai tempat wanita itu dilaporkan hilang.

Iklan

"Sebagai NGO kita akan bantu mereka yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi keluarga itu akan menyambut Deepavali tidak lama lagi," katanya.