Syed Saddiq masih kekal Ahli Parlimen Muar
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dihukum penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Muar kerana beliau memohon penangguhan pelaksanaan hukuman bagi membuat rayuan.
Peguam Muhamad Hisham Marzuki berkata, kedudukan bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai ahli Dewan Rakyat tidak tergugur selagi hukuman tidak dilaksanakan.