MP Gua Musang, Jeli dirujuk ke Lembaga Disiplin Bersatu

Iklan
Muhyiddin (kiri) ketika hadir Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Kuala Lumpur pada malam Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan merujuk dua ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Iklan
Iklan

"Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ) dan Ahli Parlimen Labuan, (Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman), masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di sini pada malam Khamis.

Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan keputusannya untuk menyokong Perdana Menteri pada 12 Oktober lepas diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober.

Iklan

Seterusnya, perkara sama dilakukan oleh dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi yang menyatakan sokongan itu pada Selasa lepas dan Zahari mengisytiharkan sokongannya semalam. - Bernama

Iklan