Pameran Rahsia Kebaya

Iklan
Sepasang kebaya gergasi berwarna kuning setinggi 8.3 meter (m) dan mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Kebaya Perlis Terbesar pada 10 Nov 2013, adalah antara tarikan dalam Pameran Rahsia Kebaya, di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara, di sini.

Kebaya tradisional itu yang menggunakan kain sepanjang 341m disiapkan dalam tempoh 15 hari, adalah hasil kreativiti dan kegigihan pensyarah serta pelajar Kolej Komuniti Arau, Perlis dan pernah dipamerkan sempena program Kebaya Fest Road To Milan.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan melawat Pameran Kebaya Diraja selepas merasmikan Pameran Rahsia Kebaya di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini.

Pameran Rahsia Kebaya menampilkan 60 koleksi kebaya merupakan anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia yang berlangsung sehingga 31 Dis ini.