KLUANG - Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes curi kabel di sini, Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh, kesemua suspek warga tempatan yang berusia 20 hingga 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah rehat di Jalan Pejabat Kerajaan di sini, Rabu lalu.
Iklan
Iklan
"Siasatan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod bersabit kes narkotik dan suspek ketiga mempunyai satu rekod bersabit kes jenayah sementara suspek kedua tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif Methamphetamine/Amphetamine.
"Kesemua suspek kini direman selama empat hari mulai 9 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 10 tahun dan denda.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian pejabat 07-7784222, 07-7766822 (hotline), 07-7784256 (direct line), 014-365682 (table dcc).