Srikandi PKR tolak pemansuhan BIPK

Iklan
Nurainie Haziqah

SHAH ALAM - Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) oleh kerajaan untuk lantikan baharu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan

Ketuanya, Nurainie Haziqah Shafii berkata, langkah pemansuhan itu merupakan satu diskriminasi terhadap lantikan baharu terutama dalam sektor kesihatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini kerana skop pekerjaan yang dilaksanakan mereka adalah sama dengan kakitangan dan lantikan sebelum ini namun tidak menerima elaun seperti rakan sekerja mereka sebelum ini.

"Sebagai kerajaan yang prihatin dan peduli anak muda, langkah itu terkebelakang dan menindas bakal kakitangan dalam sektor kritikal seperti sektor yang majoritinya ialah golongan muda.

Iklan

"Kita harus memastikan graduan dan anak muda diberikan peluang dan motivasi untuk bersama membangun negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Srikandi PKR mahu kerajaan mengkaji semula tindakan pemansuhan elaun supaya kebajikan penjawat awam terus terbela.

Iklan

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan satu pekeliling baru-baru ini mengenai pemansuhan beberapa elaun termasuk BIPK bagi lantikan baharu penjawat awam bermula 1 Januari 2020.

Elaun BIPK bermula pada 1992, diberi khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain.

Antara elaun lain turut dimansuhkan termasuk bayaran insentif menaip jawi, elaun khas penolong pemungut hasil tanah, insentif profisiensi bahasa Inggeris, bayaran insentif angkat najis dan elaun kritikal doktor.

Elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan pada 20 Disember 2019.