'Budak' 17 tahun wakili Perancis

Iklan
Emery (kanan) menjadi pemain termuda menyertai skuad kebangsaan Perancis sejak 112 tahun. - Foto AFP

PEMAIN remaja berusia 17 tahun, Warren Zaire-Emery menjadi pilihan Didier Deschamps untuk menggalas cabaran Perancis bagi kelayakan Euro 2024.

Panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan itu menjadikan Emery sebagai pemain termuda menyertai Les Bleus dalam tempoh 112 tahun.

Iklan
Iklan

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) itu menyamai rekod Felix Vial pada tahun 1911.

"Memandangkan apa yang dicapainya bersama PSG, dia mempunyai semua kualiti untuk berada di tahap paling tinggi, biarpun jika ada saingan di posisinya.

Iklan

"Dia menjadi calon bagi Kejohanan Eropah pada Jun dan Julai 2024,” ujar Deschamps pada satu sidang media di Paris lewat malam Khamis.

Emery berpeluang mengisi posisi Aurelien Tchouameni yang tersisih daripada skuad kerana mengalami kecederaan ketika beraksi buat Real Madrid menentang Barcelona akhir bulan lalu.

Iklan

"Ketiadaan Aurelien (Tchouameni) kerana kecederaan mungkin membuka peluang buat Warren Zaire (Emery),” kata Deschamps.

Perancis yang menang semua enam aksi kelayakan mereka bakal membuat perhitungan dengan Gibraltar pada 18 November ini sebelum bertandang ke Greece pada 21 November.