Presiden Angkasa terima anugerah 'ICA - Asia Pacific Excellence Award'

Iklan
Abdul Fattah (tengah) menerima anugerah International Cooperative Alliance (ICA) Asia Pacific Excellence Award bagi kategori "Inspirational Leader”.

KUALA LUMPUR - Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah menerima anugerah International Cooperative Alliance (ICA) Asia Pacific Excellence Award bagi kategori"Inspirational Leader”, semalam.

Angkasa dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, anugerah tersebut diberikan kepada individu, koperasi dan kementerian atau jabatan yang telah memberikan sumbangan dan manfaat signifikan kepada pertumbuhan dan pembangunan gerakan koperasi di peringkat Asia Pasifik.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, anugerah itu melambangkan usaha kolektif dan gigih seluruh warga koperasi di Malaysia dalam memperkasakan gerakan koperasi di peringkat nasional mahupun global.

"Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus memberi impak positif demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia, khususnya warga koperasi dan juga merupakan satu tanggungjawab lebih besar yang mendorong saya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik demi gerakan koperasi,” katanya dalam kenyataan itu.

Iklan
Abdul Fattah menerima anugerah International Cooperative Alliance (ICA) Asia Pacific Excellence Award bagi kategori 'Inspirational Leader”.

Beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada kepimpinan tertinggi, pengurusan, kakitangan dan seluruh warga Angkasa serta ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan inspirasi sepanjang 10 tahun memegang jawatan sebagai Presiden Angkasa.

Anugerah itu disampaikan Presiden ICA-AP Dr Chandrapal Singh Yadav kepada Abdul Fattah, yang juga Naib Presiden ICA-AP dalam satu majlis makan malam anjuran Philippine Cooperative Affiliates.

Dalam majlis sama, koperasi dari India iaitu Uralungal Labour Contract Co-operative Society Limited turut dikurniakan anugerah sama di bawah kategori ‘Enterprising Cooperative’.

Iklan

Majlis itu dihadiri 600 delegasi dari 27 negara, termasuk 83 delegasi Malaysia sempena Perhimpunan Serantau ICA-AP ke-16 selama lima hari bermula 6 Nov lepas. Majlis turut dihadiri Presiden ICA Ariel Guarco dan Pengarah Serantau ICA-AP Balu Iyer.

Delegasi Malaysia turut terlibat dalam majlis pembukaan Perhimpunan Serantau ICAAP Ke-16, Forum Koperasi Asia Pasifik ke-11 dan Pameran Perdagangan ICA-AP yang berlangsung tiga hari bermula 7 Nov, juga di Manila. - Bernama