Lemas ketika mandi sungai

Iklan
Siasatan awal polis mendapati mangsa ke situ berseorangan dan pemeriksaan ke atas mayat tidak menunjukkan sebarang tanda perbuatan jenayah.

GUA MUSANG - Seorang pelajar Pusat Giat Mara Felda Chiku 05, di sini ditemukan lemas di sungai berhampiran Tanah Perkuburan Islam, Felda Chiku 3 petang tadi.

Mayat mangsa, Nik Saifuldin Nik Yusuf, 18, dari Felcra Gugusan Panggong Lalat ditemui penduduk kampung di dalam sungai terbabit.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 2.38 petang.

Katanya, siasatan awal daripada beberapa saksi, mangsa dipercayai turun mandi bersendirian dan terus tenggelam di dalam sungai.

Iklan

"Kerja-kerja mencari dimulakan pada jam 3 petang oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk kampung.

"Mangsa ditemui penduduk kampung setengah jam kemudian dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Iklan

"Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang tanda untuk dikaitkan dengan perbuatan jenayah," katanya.

Mohd Taufik memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HGM dan bedah siasat akan dijalankan pada jam 7 malam.