'Papan tanda bahasa Melayu, penguatkuasaan akan lebih tegas'

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Tidak mahu polemik penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda berpanjangan selepas ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dalam usaha mengkaji semula polisi lama berhubung perkara itu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, untuk itu kementeriannya selepas ini akan mengeluarkan peraturan yang lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu itu bagi memastikan bahasa Kebangsaan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Iklan
Iklan
Dalam pada itu katanya, ketegasan itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.

"Buat masa ini polisi berhubung pemasangan papan tanda jalan adalah di peringkat negeri, bukan Persekutuan.

"Insya-ALLAH kementerian akan mengkaji semula dan mengeluarkan garis ketetapan lebih tegas,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Elok tutup saja DBP']

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pertikai papan tanda tulisan Cina]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Turunkan papan tanda bahasa Mandarin]

Terdahulu, aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi media sosial mempersoalkan kewujudan papan tanda jalan yang menggunakan dwibahasa termasuk bahasa Mandarin, sedangkan kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu menerusi prosedur kelulusan pihak berwajib.

Beliau turut menempelak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kini dilihat seperti tiada kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa pada papan tanda sebelum menyarankan agar institusi itu ditutup sahaja jika sudah tiada kuasa dalam bidangnya.

Rentetan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu.

Arahan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dengan salinan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Penukaran papan tanda itu hendaklah dilakukan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan pada 11 Disember depan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Turunkan papan tanda bahasa Mandarin']