Kejamakan budaya mesti terus dipertahan - Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Kejamakan budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap berserta nilai dan budi pekerti yang tinggi.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, nikmat dan khazanah yang ada di dalam negara mesti dirasai semua secara adil dan saksama.

Iklan

Anwar dalam pada itu memetik ungkapan dalam Thirukural yang bermaksud kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tata kelola baik merupakan nikmat sebenar.

"Kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan," katanya.

Iklan

Lantaran itu beliau berkata, perayaan Deepavali ini adalah salah satu jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat-menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.

"Sekali lagi saya ucapkan Deepavali Nal Valthukal (Selamat Hari Deepavali) kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia," katanya.