Tempat duduk bertukar minggu hadapan
Iklan
SHAH ALAM - Pertukaran tempat duduk di dalam Dewan Rakyat melibatkan empat ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan secara terbuka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan minggu depan.
Permohonan tersebut dibuat ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).