Perang Gaza, 'ada udang di sebalik batu'
Iklan
TEL AVIV – Konflik Hamas-rejim Zionis yang berlarutan selama lebih sebulan dan semakin meruncing telah mencetuskan spekulasi baharu tentang rancangan sebenar di sebalik peperangan ganas yang meragut nyawa ribuan orang tidak berdosa di Genting Gaza.
Rupa-rupanya ‘ada udang di sebalik batu’. Israel dikatakan mahu merealisasikan Projek Terusan Ben Gurion yang bakal mewujudkan laluan alternatif baharu dengan kepentingan sejarah untuk perdagangan dan tenaga global di garisan Gaza-Ashkelon di Laut Merah.