Apa sebenarnya fungsi Akta Anti Lompat Parti?

Iklan
Gambar hiasan

FUNGSI sebenar penggubalan Akta Anti Lompat Parti menjadi persoalan orang ramai mengenai fungsi sebenar akta berkenaan selepas beberapa ahli Parlimen pembangkang ‘beralih arah’ menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun empat ahli Parlimen tersebut mendakwa sokongan itu demi peruntukan dan bukan berpindah parti, namun situasi tersebut mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi apabila mereka memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Selain itu, timbul juga persoalan lain apakah manfaat yang mereka terima selepas memberi sokongan selain peruntukan. Adakah sebarang usul atau projek akan mudah diluluskan?

Bagaimanapun, menurut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan empat ahli Parlimen pembangkang itu dilihat sebagai satu versi baharu ‘lompat parti’.

Iklan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu juga sudah meramalkan trend tersebut akan berlaku dan pernah memberi amaran kepada Jemaah Menteri mengenai perkara tersebut sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas ahli Parlimen Santubong itu, amaran disampaikan ketika beliau membentangkan draf penggubalan Rang Undang-undang (RUU) berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Larangan Wakil Rakyat Lompat Parti dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 April 2022.

Iklan

"Ketika itu saya sudah mengenal pasti setiap kelompangan yang mungkin wujud dalam draf berkenaan berdasarkan kajian intensif saya terhadap pelaksanaan akta lebih kurang sama diamalkan di Britain, India, New Zealand dan Singapura,” katanya.

Antara kemungkinan tersebut ialah mana-mana ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap blok berlawanan di dalam sidang Dewan Rakyat meskipun tidak keluar parti.

Susulan itu, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan agar Akta Lompat Parti diteliti semula kerana terdapat kelemahan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa situasi kini ibarat tamparan buat Bersatu kerana menolak menolak usul yang dikemukakan Wan Junaidi.

Usul itu menyatakan peruntukan RUU tersebut bagi mengisytiharkan pengosongan kerusi jika seorang ahli Parlimen bertentangan pendirian atau melanggar prinsip parti di Dewan Rakyat.

Justeru, gesaan yang dibuat sekarang dianggap terlambat namun untuk tempoh jangka panjang ia perlu ditambah baik supaya perkara berkenaan tidak berulang lagi.