Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang

Iklan
Damok. - Gambar fail

SEGALA-GALANYA ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu.

Pelumba berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok itu bakal memulakan perlumbaan di tempat terakhir selepas menamatkan saingan kelayakan 1 di kedudukan tercorot dengan 2 minit 13.499 saat (s).

Iklan
Iklan

Terdahulu, beliau menampilkan prestasi kurang memberangsangkan selepas melengkapkan sesi latihan ketiga di tempat kedua terakhir (ke-27) dengan merekodkan 2 minit 14.199s.

Beliau bagaimanapun kekal optimis masih mempunyai peluang untuk melakar kejutan sekiranya pasukan MT Helmets-MSi mampu memastikan jentera KTM yang digunakan berada dalam keadaan terbaik pada perlumbaan sebenar esok.

Iklan
"Serba tidak jadi (jumpa) 'setting' agak lambat. Jika esok kumpulan boleh 'buat jentera' pasti ada kejutan, sebab kita tahu John McPhee pun pernah ada di belakang tapi akhirnya menang perlumbaan.

"Kalau dia boleh, saya pun boleh buat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Ditanya sekiranya Damok mempunyai masalah komunikasi bersama kru pasukannya ketika ini, beliau memaklumkan masih terdapat percanggahan maklumat antara apa yang dimintanya dan diberikan mereka.

Iklan

"..mereka keliru contoh saya jelaskan ke arah ini tapi mereka buat lain,” katanya.

Sementara itu, Jaume Masia dari Leopard Racing menyambar petak hadapan esok selepas muncul pelumba terpantas pada pusingan kelayakan dengan catatan 2:10.846.

Pelumba dari Belanda Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP pula berada di tempat kedua (2:11.752) diikuti pelumba Rivacold Snipers Team, Matteo Bertelle di kedudukan ketiga (2:11.778s). - Bernama