Hujan berterusan di Pantai Timur, utara Semenanjung, timur Sabah

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Negara sedang mengalami fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dan dijangka luruan monsun akan berlaku di Pantai Timur, utara Semenanjung dan timur Sabah bermula 16 hingga 18 November 2023 berdasarkan analisa model cuaca.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Negara sedang mengalami MTL 2023/2024. Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 sehingga 18 November 2023.

"Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Iklan