‘Israel tidak mampu kekal lama di Gaza’ - Nik Abduh

Iklan
Tentera zionis Israel memusnahkan Gaza. - Foto AFP. Gambar kecil: NIK ABDUH

SHAH ALAM - Tentera zionis Israel tahu bahawa mereka tidak mampu kekal lama di Gaza meskipun sudah mengebom kawasan tersebut berpuluh hari, memasukinya dan berjaya menawan bangunan-bangunan yang telah diruntuhkan.

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penindasan mereka itu hanya sementara dan disifatkan sebagai tindakan orang gila yang tidak pernah menang.

Iklan
Iklan

"Mereka mengebom Gaza berpuluh hari, memasukinya dan berjaya menawan bangunan-bangunan yang mereka runtuhkan, bukan kelibat mujahidin al Qassam yang belum pun terluka walau sedikit.

"Penjajah zionis tahu mereka tidak akan mampu kekal lama di Gaza,” katanya dalam siaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan
Tentera Israel telah menyerang Gaza. - Foto AFP

Pada Sabtu, media melaporkan tentera Israel telah menyerang sebuah kompleks hospital terbesar di Gaza, mengakibatkan korban di kawasan yang dianggap sebagai tempat perlindungan orang awam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, salah satu kawasan sasaran rejim Zionis Israel termasuk Hospital Al Shifa yang menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat perang itu.

Iklan

Israel kini mengambil langkah kejam dengan menyasarkan hospital dengan alasan untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas yang didakwa mendapat perlindungan di pusat dan kompleks kesihatan.

Dalam pada itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam urusan kemanusiaan berkata, dianggarkan sekitar 45 peratus daripada kediaman di Gaza telah musnah sekali gus menyebabkan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal mereka,

Gaza merupakan antara salah sebuah kawasan penempatan yang paling padat penduduk di dunia, dengan lebih daripada 500 orang pada setiap 100 meter persegi di sebilangan besar kawasan, menurut Kesatuan Eropah.

Israel telah melakukan beberapa serangan udara lebih kurang satu kilometer dari lintasan Rafah, satu-satunya pintu masuk dan keluar dari Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.