Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bermula di Riyadh

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama para pemimpin negara-negara OIC pada Sidang Media Kemuncak Tergempar OIC kali Kelapan di Riyadh Arab Saudi hari ini. - Foto Bernama

RIYADH - Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan berlangsung di Riyadh pada Sabtu bagi membincangkan 'situasi meruncing' yang sedang melanda Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin.

Menurut media rasmi Arab Saudi, pemimpin dan wakil Liga Arab serta negara-negara anggota OIC mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Sebelum sidang kemuncak itu, dua mesyuarat persediaan diadakan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC (SOM) pada 9 November dan Mesyuarat Peringkat Menteri OIC pada 10 November bertujuan mencapai konsensus pada draf akhir sidang kemuncak mengenai kedudukan negara-negara Arab dan Islam secara kolektif.

Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan selepas rundingan, satu sidang kemuncak bersama negara Arab-Islam mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza akan diadakan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian, Gaza dan wilayah Palestin kini 'menyaksikan tragedi belum pernah berlaku sebelum ini yang memerlukan perpaduan negara-negara Arab dan Islam untuk membendung kesannya.' - Bernama/Anadolu