Israel tetap lawan Hamas, tak peduli seruan gencatan senjata - Netanyahu

Iklan
Benjamin Netanyahu

TEL AVIV - Benjamin Netanyahu menolak seruan antarabangsa agar gencatan senjata segera dilakukan, sebaliknya, berazam untuk terus memberi tekanan dan sekali gus melawan musuhnya, Hamas di Gaza.

Menurut Perdana Menteri Israel itu, peperangan melawan Hamas akan diteruskan"dengan semua kekuatan kami, dengan segala kekuatan kami."

Iklan
Iklan



"Hamas kehilangan cengkamannya ke atas Semenanjung Gaza. Mereka tidak mempunyai tempat yang selamat lagi untuk bersembunyi.... semua ahli Hamas sudah kami kenal pasti untuk dikuburkan," dakwa Netanyahu dalam ucapan beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Sabtu.

"Pasukan kami menyerang mereka di atas dan di bawah tanah."

Iklan
Iklan

Dalam ucapan itu juga, Netanyahu berkata, gencatan senjata hanya akan mungkin berlaku sekiranya pasukan Hamas membebaskan kesemua 240 tawanan yang diculik semasa melakukan serangan ke selatan Israel pada 7 Oktober lalu. - Agensi