Gerhana ‘Ring of fire’ bakal menggelapkan langit India, Filipina

Iklan
Bulan melewati matahari ketika gerhana matahari anulus pada 4 Januari 2011. - Foto NASA/Hinode/XRT

SEBAHAGIAN besar Asia akan mengalami gerhana matahari separa hari ini selain beberapa kawasan di Afrika dan Australia namun sebahagian kecil kawasan akan mengalami gerhana matahari Anulus atau ‘ring of fire’ termasuk beberapa bahagian di Timur Tengah, India, Sri Lanka dan Filipina.

Waktu terbaik untuk melihat gerhana tersebut adalah pada awal pagi di Timur Tengah, pertengahan pagi di India dan Sri Lanka dan awal tengah hari di Indonesia namun waktu yang tepat adalah berbeza di lokasi berlainan.

Iklan
Iklan

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari namun jenis gerhana yang berlaku bergantung kepada berapa jauh kedudukan bulan dari bumi.

Apabila gerhana berlaku pada ketika bulan berada berhampiran perigee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling dekat bumi, bulan akan kelihatan cukup besar untuk menutupi seluruh permukaan matahari atau dikenali juga sebagai gerhana matahari penuh.

Iklan

Namun pada hari ini, bulan akan berada berhampiran apogee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling jauh dari bumi, menyebabkan bulan tidak cukup besar untuk menutupi permukaan matahari dan menyebabkan bentuk seakan cincin kelihatan.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan kaca mata atau filter solar khas ketika menyaksikan gerhana bagi mengelak daripada kerosakan mata.

Iklan

Bagi mereka terlepas menyaksikan gerhana pada hari ini hanya perlu menunggu enam bulan bagi peluang seterusnya untuk menyaksikan gerhana ‘ring of fire’.

Pada 21 Jun 2020, gerhana matahari anulus akan sekali lagi menggelapkan langit Asia Selatan dan juga Afrika Tengah. - Agensi