Agong, Raja Permaisuri bawa naratif baharu 'raja dan rakyat berpisah tiada'

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika memasuki Balairung Seri untuk memulakan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Julai lalu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tahun 2019 mencatat perubahan besar dalam fasa kehidupan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, selepas sembilan hari dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI.

Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI menggantikan Almahum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada Istiadat Pemasyhuran 15 Januari di Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan.

Iklan
Iklan

Pada 24 Januari, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. - Foto Bernama

Meneruskan keunikan sistem penggiliran dalam kalangan raja-raja Melayu yang kini dalam pusingan kedua, mesyuarat khas itu bersetuju memilih Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Iklan

Al-Sultan Abdullah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai dalam Istiadat Pertabalan gilang-gemilang dengan penuh tradisi warisan Kesultanan Melayu.

Itulah antara titah Al-Sultan Abdullah dalam satu majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di United Kingdom baru-baru ini berhubung tanggungjawab Seri Paduka selaku Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencatat sejarah tersendiri apabila pasangan diraja itu masing-masing merupakan anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ketujuh iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (1979-1984) dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan (1984-1989).

Selepas menaiki takhta, jadual Yang di-Pertuan Agong dipenuhi dengan pelbagai tugasan rasmi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pernah menyebut Seri Paduka sentiasa meluangkan masa untuk meneliti Memorandum, Nota Jemaah Menteri dan laporan-laporan sehari sebelum setiap Mesyuarat Pra-Kabinet diadakan.

"Ini menunjukkan bahawa Al-Sultan Abdullah bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara, malah yang juga penting, Seri Paduka mengambil perhatian serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata,” kata Ahmad Fadil.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melakukan lawatan ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar termasuk Indonesia dan Brunei. Pasangan diraja itu turut menghadiri upacara pertabalan Maharaja Jepun Maharaja Naruhito dan menemui Ratu Elizabeth II dalam lawatannya ke United Kingdom.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang sinonim dengan sifat sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat, dilihat membawa naratif baharu dalam istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.

Di media sosial, kerap kali tular foto dan video Al-Sultan Abdullah yang mencemar duli membantu mangsa kemalangan jalan raya dan menziarahi rakyat, serta prihatin setiap kali musibah melanda.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beberapa kali membantu mangsa kemalangan apabila kenderaan rasmi membawa baginda melalui lokasi nahas jalan raya.

Keprihatinan Al-Sultan Abdullah meliputi setiap lapisan rakyat termasuk pembesar negara.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri dan ia diadakan di Istana Melawati, Putrajaya bagi memudahkan urusan berkenaan.

Sementara itu, Tunku Azizah aktif berinteraksi dengan rakyat menerusi ciapan Twitter dan perkongsian gambar serta video rutin harian keluarga diraja itu yang dilihat merapatkan ikatan dengan rakyat.

Bukan itu sahaja, gaya fesyen Tunku Azizah yang gemar memakai selendang turut menjadi fenomena dan trend terkini bagi golongan wanita khususnya pasangan pengantin.

Tunku Azizah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia (WCC) dalam satu majlis di New Delhi, India pada awal Disember, selain menjadi wanita pertama dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beberapa kali membantu mangsa kemalangan apabila kenderaan rasmi membawa baginda melalui lokasi nahas jalan raya.

Tahun 2019 turut mencatat beberapa peristiwa duka antaranya berita kemangkatan Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Institut Jantung Negara pada 22 Mei.

Pada 28 September lepas, negara sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih apabila Sultan Kelantan ke-28 Sultan Ismail Petra, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II. - Bernama