RIYADH - Raja Jordan Raja Abdullah II pada Sabtu berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Negara Islam mengenai Gaza.
Kedua-dua pihak membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Iklan
Iklan
Raja Abdullah dan Perdana Menteri Anwar juga membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin, menurut laporan itu. - Bernama.