Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia

Iklan
Keadaan bangunan yang runtuh di Pulau Perhentian dalam kejadian pada awal Khamis lalu.

BESUT - Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di sini meninggal dunia pada Ahad menjadikan jumlah terkorban dalam insiden itu seramai dua orang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Bahul Jamil, 42, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Iklan
Iklan

"Punca kematian mangsa adalah disebabkan rhabdomyolysis iaitu akibat kecederaan otot yang sangat teruk disebabkan tersepit atau cedera atau terkoyak teruk," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Abdul Rozak, mangsa sebelum itu dikejarkan dari Hospital Besut ke HUSM untuk menerima rawatan lanjut.

Iklan

Terdahulu, tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat di sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh sekitar jam 4.30 pagi pada Khamis.

Insiden itu membabitkan seramai tujuh buruh binaan termasuk seorang seorang warga tempatan yang ketika itu sedang tidur nyenyak di tapak pembinaan tersebut.

Iklan

Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus ditemukan anggota penyelamat pada Khamis dan seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Mayat buruh binaan warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia lingkungan 40an ditemukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 2.08 petang.