Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar Sidang Tergempar OIC

Iklan
Anwar sempat mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II luar Sidang Kemuncak Tergempar OIC. - Foto: FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Menerusi catatan di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau bersama Raja Abdullah II berlangsung dalam suasana penuh santai dan harmoni.

"Kami turut membincangkan keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya.

Menurut Anwar pertemuan itu antara lain membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu. - Bernama