Hizbullah guna peluru berpandu Burkan bedil Israel

Iklan
Peluru berpandu Burkan yang digunakan kumpulan Hizbullah menyerang Israel. - Agensi

BEIRUT - Ketua Hizbullah mengumumkan kumpulan itu menggunakan senjata baharu dalam serangannya terhadapI srael ketika pertempuran sengit berlaku di sempadan selatan Lubnan.

Hassan Nasrallah berkata, kumpulannya telah meningkatkan keupayaan jumlah anggota, operasi, sasaran dan senjata untuk bertempur dengan tentera Israel.

Iklan
Iklan

Difahamkan kumpulan disokong Iran telah menggunakan peluru berpandu jarak pendek, Burkan buat pertama kalinya.

Lazimnya, Hizbullah menggunakan serangan dron di Lubnan untuk menyerang Israel setiap hari.

Iklan

Pengumuman baharu Hassan itu mendapat amaran Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallan yang berkata, rakyat Lubnan akan 'membayar harga' akibat membantu Hamas menentang mereka.

"Apa yang kami lakukan di Gaza dan sama berlaku di Beirut,"katanya.

Iklan

Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, pertarungan di sempadan selatan Lubnan semakin sengit sehingga timbul kebimbangan bahawa konflik Hamas-Israel akan bertambah rumit.

dalam pada itu, seramai 68 pejuang Hizbullah terkorban sejak bulan lalu dan 11 orang awam serta 12 pejuang dari kumpulan lain.

Di pihak Israel, enam tentera dan dua orang awam terbunuh dalam serangan Hizbullah di wilayah tersebut. - AFP