Jurulatih sukan berbasikal MSN Terengganu maut nahas

Iklan
Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto Facebook Polis Trafik Kuantan. (Gambar kecil: Muhammad Muslim. Foto Facebook)

KUANTAN - Jurulatih Sukan Berbasikal Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Muhammad Muslim Marzuki, 22, maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 52, Jalan Kuantan-Maran berhampiran pondok polis Paya Bungor di sini pada Ahad.

Kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang mengekori konvoi latihan kayuhan 14 atlet berbasikal MSN Terengganu dari Kuantan menghala ke Temerloh.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Busu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas sebagai pengiring konvoi latihan kayuhan berbasikal dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Temerloh.

Iklan

"Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori yang datang dari arah Maran menghala ke Gambang.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selepas kejadian, semua penunggang basikal meneruskan perjalanan ke Maran dan seterusnya pulang ke Terengganu menaiki bas disediakan.