Setiausaha Agung PBB bidas Netanyahu

Iklan
Guterres

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres membidas dakwaan yang dibuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kononnya beliau menyalahkan Israel berhubung perang dengan Hamas.

Dalam masa sama, Guterres mengulangi pendapatnya bahawa sejak dari awal lagi beliau mengutuk Hamas dengan menegaskan, pasukan pejuang Palestin itu harus mematuhi undang-undang antarabangsa

Iklan
Iklan

"Tetapi ada prinsip asas bagi saya, iaitu bahawa Hamas bukanlah rakyat Palestin," katanya.

"Dan anda perlu dapat membezakan antara Hamas dan rakyat Palestin. Jadi anda tidak boleh menggunakan perkara-perkara yang mengerikan yang dilakukan oleh Hamas sebagai alasan untuk hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin."

Iklan

Beliau turut berpendapat, terdapat keluhan Palestin yang"berkaitan dengan 56 tahun kependudukan," walaupun"tiada sebarang keluhan ini membenarkan serangan kejam Hamas."

Akan ada peralihan"yang dapat diterima oleh Israel dari segi jaminan keselamatan Israel," katanya sambil menambah"pada masa sama membenarkan peralihan kepada kerajaan Palestin yang efektif."

Iklan
Orang ramai berkumpul San Francisco, California bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin. - Foto AFP

Namun begitu, konteks tuntutan yang jelas bagi idea ini"tidak jelas pada masa ini," katanya.

Menurut Guterres juga, adalah penting untuk"mengambil kesempatan" daripada situasi ini dan"akhirnya bertanya mengenai kemungkinan penyelesaian dua negara."

"Penyelesaian dua negara menurut pendapat saya, satu-satunya jalan keluar (daripada perang)," tambah beliau. - Agensi/Awani