Lambakan Kenderaan di PPR

Iklan

Masalah lambakan kenderaan persendirian di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), strata kos rendah dan sederhana di ibu negara ekoran kekurangan ruang tempat letak kenderaan terus mendatangkan resah kepada penghuninya dan orang awam.

Isu tersebut yang berlarutan sejak sekian lama telah menjadi pemandangan biasa apabila berkunjung ke PPR dan strata melihat pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, van dan kereta diparkir sesuka hati seperti ‘double parking’ (parkir berlapis), di bahu jalan dan hentian bas sekali gus menyukarkan pergerakan kenderaan lain yang melalui kawasan itu.

Iklan
Iklan

Tinjauan di beberapa kediaman starta dan PPR di Sentul, Setapak, Bandar Permaisuri mendapati sebahagian penghuni terpaksa memarkir di jalan utama iaitu di luar kawasan kediaman menyebabkan laluan dua lorong menjadi sempit, satu lorong sahaja serta ada juga kenderaan yang lama dan rosak ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan. - Foto Bernama