Ketajaman Salah ledak 200 gol EPL

Iklan
Salah - Foto AFP

MOHAMED Salah menerima pujian tinggi daripada pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas mencapai satu lagi kejayaan dalam kemenangan 3-0 ke atas Brentford pada Ahad yang melonjakkan pasukan itu ke tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain Mesir berusia 31 tahun itu menjaringkan gol pada setiap babak permainan untuk merekodkan 200 gol dalam saingan EPL dan menjadi pemain pertama yang pernah menjaringkan gol dalam setiap enam perlawanan pertama Liverpool musim ini.

Iklan
Iklan

"Gila," kata Klopp mengagumi Salah yang sebelum ini dilaporkan menerima bidaan £150 juta (RM863.32 juta) daripada Al-Ittihad pada jendela perpindahan musim panas lalu.

"Kami mempunyai begitu banyak detik baik separuh masa pertama. Ketenangannya (Salah) untuk gol pertama adalah gila. Tidak syak lagi dia pemain yang istimewa," katanya.

Iklan

Liverpool masih belum tewas di Anfield musim ini dalam semua pertandingan dan berjaya memenangi perlawanan liga keenam berturut-turut ketika menewaskan Brentford.

Klopp turut gembira dengan kebangkitan pasukannya selepas tewas 2-3 di Toulouse dalam peringkat kumpulan Liga Europa pada Khamis.

Iklan

"Saya sangat berbesar hati menggunakan peluang itu... kalah menentang Toulouse dan kemudian bertindak balas seperti yang kami lakukan hari ini,” katanya.