ISTANBUL - Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi sebagai pusat perubatan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad.
"Malangnya, hospital terbabit tidak dapat berfungsi sebagai sebuah hospital lagi.
"Dunia sepatutnya tidak boleh berdiam diri pada saat hospital yang sepatutnya menjadi tempat selamat, berubah menjadi tempat kematian dan kemusnahan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.