Aliran trafik di lebuh raya lancar pagi ini

Iklan
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata, kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi.

Iklan
Iklan

"Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku. Begitu juga bagi laluan keluar dari Lembah Klang,” katanya.

Kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di PLUS dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi. - Foto Bernama
Iklan

Menurut jurucakap itu trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Iklan

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak sebarang kesesakan teruk. - Bernama