FILEM terbaharu dalam Marvel Cinematic Universe, The Marvels, memperoleh anggaran AS$47 juta dalam pasaran hujung minggu sulungnya di Amerika Syarikat, rekod kutipan paling rendah dalam sejarah francais berkenaan.
Di pasaran antarabangsa, The Marvels memperoleh AS$63.3 juta dalam jualan tiket, menjadikan jumlah keseluruhan kepada AS$110.3 juta.
Iklan
Iklan
David Gross, yang mengendalikan firma perunding filem Franchise Research Entertainment, melihatnya sebagai 'kegagalan Marvel yang tidak pernah berlaku sebelum ini' kerana sekuel membabitkan Marvel tidak seharusnya mencatat kutipan serendah itu.
Selain ulasan yang tidak memberangsangkan, The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam 'B' daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Biarpun pembukaan AS$47 juta bukanlah satu kutipan yang buruk untuk filem, namun ia dilihat sebagai satu kekecewaan jika dibandingkan dengan pencapaian filem Marvel sebelum ini.
Ia juga dijangka menjadi faktor untuk studio memikirkan semula perancangan mereka selepas ini. - Agensi
Artikel Berkaitan